#MARCHING OUT THE ZOMBIES
Yeah, The Intruder march foot by foot never surrender. Salute!!
Sunday, 4 January 2015
PEMAKANAN ANAK BERUMUR 1 TAHUN SEHINGGA 6 TAHUN
Mommy's Diary of Life: PEMAKANAN ANAK BERUMUR 1 TAHUN SEHINGGA 6 TAHUN: Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat...
Tuesday, 30 December 2014
Dr Martens MANTON
Dr Martens MANTON Brown |
Ini DM boot aku yang 1st,Dr Martens MANTON. Made In Vietnam je. Model ni memang susah nak cari. Harga tak mahal sangat tapi peminat tegar DM sanggup letak harga tinggi kalau nak cari ni. Original Made in England Manton produce pada tahun 2008-2010 sahaja. so model ni memang dah tak keluar lagi kecuali ada yang buat special order,tempahan khas. Yang aku punya ni,3 eyelet kuning,memang tempahan khas. Normal Manton Made in England adalah 2 eyelet. Tak silap,di Malaysia pun dah x ada stok ni yang dibawa masuk. Retailer Dr.Martens Johor pun tak ada jual ni. Area Johor memang aku dah survey,tak ada. Sole hitam,smooth leather,warna brown,laces brown, saiz 8UK. Dan ianya telah DIJUAL.!!
Thursday, 25 December 2014
Ophilia, Skinhead or Bonehead?
OPHILIA |
Official Trailer Ophilia
Ophilia, Skinhead or Bonehead? Ok,aku memang layan banyak filem-filem underground scene macam ni, so Ophilia xterkecuali. Cuma kebiasaan aku xlayan filem melayu, tp genre mcm ni aku memang layan. Sejak releasenye Ophilia ni,ramai yang mula buat research pasal Skinhead,nak ada knowledge sebelum ke panggung. Ada yang stanby but,jacket,braces sebelum ke panggung. So dlm entry kali ni aku nak review siket movie Ophilia ni. Tak silap aku, sebelum directornye buat filem ni, si Pekin Ibrahim katenya dah menghayati & mengkaji life seorang skinhead di Malaysia ni. Banyak kritikan dari skinhead tegar Malaysia yang kate Pekin xhabis research lagi. Skinhead Malaysia xmacam ni. Ni bukan skinhead,ni bonehead la. Tengok pada life & dress,bukan skinhead. Ada yang kecewa,tapi bagi aku hakikat sebenarnye memang movie ni berkisar mengenai Bonehead,bukan skinhead. Walaupon Pekin dah kaji hampir 2 tahun katenye. Sebab ape? sebab memang majoriti culture skinhead di Malaysia ni adalah dipelopori bonehead. Mereka(bonehead) memang anggap diorang skin tapi bonehead ni gelaran yang diberikan kepada mereka2 yang racist dan berpuak2 ni. Skinhead sepatutnye berkisar mengenai working class, RASH, SHARP, TradSkin. Sebab tu la filemnye masih dikritik oleh golongan skinhead tegar ni. Tapi macam mana pun, movie ni masih lagi best sebab diterapkan unsur-unsur brotherhood. Megat aka Magskin sendiri terharu bukan sebab jalan cerita tapi sebab peminat,penonton yang hadir ke panggung tu. Rata-rata mereka yang pernah terjebak dlm budaya skinhead ni. Jalan cerita bagi aku agak mendatar,biasa-biasa aje tapi intro memang good. Ending agak spoil,da macam cerita drama tv biasa. Sepatutnya boleh digarap idea yang lagi berkesan. Cover song pon memang ngam,memang lagu official seorang skinhead. Ending ni penting bro. Director filem ni dah bagitau umum,cerita ni berkisar mengenai brotherhood and working class as traditional skin tp korang boleh tengok dalam gambar diatas pon cukup la, tu bukan dress tradskin. Dalam movie memang diterapkan nilai brotherhood tu,tapi lebih baik kalau ianya dari golongan tradskin. Maybe lebih ramai golongan tegar yang salute pada Pekin dan director. Tapi macam biasa lah,tu pandangan seorang skinhead tegar. Untuk masyarakat marhaen lainnya,mereka lebih suka yang hardcore,sana pukul sini pukul walhal itu bukan lah imej sebenarnya. Siap ada yang whatsapp aku "cerita ni loading la bai,trailer je best. xde JB Riot pon,kecewa". Haha,ni la yang aku maksudkan,mereka-mereka ni inginkan filem Skinhead yang penuh imej notorious, ni la label yang diorang tahu. Well, lebih 8 filem Skinhead aku dah tengok,tiada yang ending seorang bonehead ni gemilang. So,Ophilia ni pun macam tu,sebab itu hakikatnya,good for them. Kalau ada yang xpaham pasal Skinhead ni,nanti aku akan keluarkan entry penuh SKINHEAD dalam page.
Orait,Chilla-
Wednesday, 24 December 2014
Da Review : The Raid 2 : Berandal
The Raid 2 : Berandal |
Official Trailer The Raid 2 : Berandal
Sinopsis - Setelah selesai dari pergaduhan berdarah dengan kumpulan samseng, Polis rekrut baru Jakarta, Rama fikir dia boleh meneruskan kehidupan yang normal. Walau bagaimanapun, eksploitasi semasa kejadian itu telah menarik perhatian penjenayah yang lebih berbahaya daripada yang sebelumnya. Keluarganya terancam, Rama tidak mempunyai pilihan kecuali mendapatkan perlindungan dari polis. Dia dimasukkan di dalam penjara, untuk dia berkawan dengan anak seorang tokoh terkemuka jenayah, Bangun. Rama harus mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk memusnahkan empayar jenayah di Jakarta.
Ok,aku nak review siket pasal cite Raid ni. bagi aku ini cerita action Indonesia terbaik. Jalan cerita ok,cume ending the Raid 1st agak samar,logik cerita pun ada siket kurang baik. Tapi untuk cerita action pasaran asia tenggara,ini dah habis baik. Dalam cerita pun de masukkan watak-watak yang sesuai characternya, ada orang jawa,lombok dll. Gambaran keadaan Jakarta di sana pun agak real. Tapi movie ni xsesuai untuk tontonan keluarga. Ada aksi ganas yang melampau & unsur2 18SX. Yang minat filem action gangster,movie ni sepatutnya kena ada dalam koleksi korang.
The Intro"
اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Welcome & thanks guys!! Sebab melawat blog yang tidak seberapa ni. Dalam blog ni aku akan share sedikit ilmu & pengalaman yang aku ada untuk dikongsi bersama. Dengan motif ianya dapat dimanfaatkan & tidak hilang daripada kepala otak ni. Boleh follow aku dengan klik icon G+ dekat profil tu. Orait,Salute.!
Subscribe to:
Posts (Atom)