Dr Martens & Sejarahnya"

Dr Martens adalah jenama kasut dan pakaian British, yang juga membuat pelbagai aksesori kasut, pakaian, beg dan lain-lain. Selain Dr Martens, ada yang mengenalinya dengan nama Doktor Martens, Doc Martens, Docs & kat Malaysia, ramai panggil DokMart. Kasut ini famous dengan Bouncing Soles,boot ala-ala askar dengan jahitan kuning. Tak semua boot ni benang kuning,de jugak yang warna lain. Tapi lebih dikenali dengan label Yellow Stiches tu. Klaus Martens adalah pengasas asalnya,cuma bila dah terkenal baru hak pengeluaran dibeli oleh Syarikat pengeluar kasut British R. Griggs Group Ltd untuk keluaran di UK. Griggs membuat penambahbaikan pada patern asal dengan menambah jahitan kuning, dan tanda niaga AirWair.
Boot pertama Dr Martens di United Kingdom release pada 1 April 1960 (dikenali sebagai 1460 dan masih dalam pengeluaran sampai hari ini),ni design yang paling famous dalam keluarga Dok Mart. Tak payah cerita pasal tahun 1960 & model 1460,tapi memang ada kaitan. Ok,dengan reka bentuk kulit licin lapan lubang warna maroon Oxblood,tu yang pertama. Boot Dr Martens telah dibuat di kilang Cobbs Lane di Wollaston, Northamptonshire (yang ni beroperasi lagi sampai hari ini). Boot ni glemer kat posmen, pegawai polis dan pekerja kilang masa tu. Awal tahun 70-an, skinheads pula yang mula pakai & 80-an, boot ni dah famous pada geng skuter, vespa, punks termasuk la subculture yang baru muncul time tu. Populariti boot ni di kalangan skinheads la yang banyak buat orang ramai melabel Dok Mart ni kasut budak skin. Panjang lagi kalau nak cerita sejarah Marten ni. Tapi yang ni pun cukup dah. Fakta yang penting lagi satu, Martens ni asal Jerman. Tapi produce,dipopularkan Britain. Made In England, yeah!

Next time aku akan bukak cite pasal jenis-jenis Martens ni & kaitannya dengan Skinhead pula. Chilla.!

1 comment: