Ok, lelaki sejati memang confirm minat but Dok Mart ni. Perempuan pon dah ramai. Sekarang dress dgn but ni dah makin trendy semula. Kira ramai dah nak pakai semula. Dulu pakai but Marten je,orang keliling label ko ni skinhead. Sinonim dah tu,tapi sekarang ianya dah jd dress yang casual la. Nak beli Martens,kena banyak nak ambil kira sebab harga je dah cecah beratus,ada yang beribu. Tak kan korang nak beli kasut harga beribu lepas tu kantoi ianya tiruan? Tak ke naik darah tinggi mcm tu? Sebab sekarang memang banyak fake Martens. So aku share tips sikit nak beli but ni. :
- Tengok buatan mane. Made in England, Made in Thailand, Made in China, Made in Vietnam. Ni semua original. Jangan cakap gred AAA la,tiruan la sebab de Made In China. Ada penjual yang tak tau pon Ori Marten ni buatan mane. de penjual yang kata ori dari US. Itu semua auta labu. Kilang Martens ni memang HANYA ada di 4 negara ni. Cuma yang Made in England sahaja pemasangan tangan tukang kasut. Yang lain kilang. Yang jual kat US tu pon M.I.E, M.I.T, M.i.C, M.i.V. Stok-stok dah keluar kilang ni baru la dihantar ke mana-mana negara mcm Malaysia ni melalui distributor & retailer diorang.
- Kotak kasut. Yang ni penting jugak,sebab yang aku pernah jumpa seller online atau bazar ada jual DokMart yang kotak macam-macam. De yang tulis Softwair,Hardwair bagai. Yang itu fake,de mamat mana beli harga hampir 1k, beli dari seller mudah.my. Rupa-rupanya fake Made In England. Nasib ko la labu. Biasanya fake ni dijual copy dari Made In England,kononnya nampak ori la kalau M.I.E sebab rata-rata rakyat marhaen ni igt asal M.I.E je ori. Lepas tu seller ketuk harga murah siket dari original,mahal siket dari buatan Asia. Baru nampak mcm penjual tu jual barang ori tapi murah,ni trick. Kotak ori M.I.E berwarna Maroon kebiasaannya tapi xsemua.
|
Fake kotak DM Made In England |
|
Original kotak DM Made In England |
|
Original kotak DM |
- Sole. Yang ni paling senang nak tengok. Hanya but keluaran England sahaja warna solenya berbeza, warnanya agak gelap macam coklat2. Kalau Thai,China,Viet memang cerah. Tapi yang fake England solenya cerah. Ni tapak untuk model macam 1460,1461 la. model2 lain yang tapaknye memang hitam,xsama. Pada tapak tu de marking The Original atau Made In England. Bawah ni contoh sole ori England. Yang fake de kat atas dgn kotak hitam tu.
|
Original DM MIE baru |
Ok,nanti aku update la,nak g mencekik jap. Chilla.
No comments:
Post a Comment